1. Rekabentuk Lakaran Pelan Cadangan Tambahan Rumah & Ubahsuai Rumah
Pelan lakaran kasar tambahan yang disediakan oleh klien |
Draf lakaran pelan ubahsuai disediakan oleh IMOS merujuk kepada lakaran klien |
Selepas klien melantik IMOS sebagai perunding rekabentuk, kerja awal yang dilakukan ialah perbincangan di tapak rumah yang akan di ubahsuai bersama klien dan menyediakan draf awal lakaran pelan tambahan rumah. Draf pelan yang siap akan diserahkan kepada klien untuk semakan & perbincangan lanjut bagi pindaan-pindaan rekabentuk yang akan dilakukan ke atas pelan hingga klien setuju dengan rekabentuk yang akhir.
2. Rekabentuk & Visual 3d Perspektif Tambahan Ubahsuai Rumah
Contoh visual 3d tambahan rumah yang dicadangkan |
3. Penyediaan Pelan Ubahsuai Rumah Untuk Kelulusan Ubahsuai Dari PBT@Majlis Daerah
Contoh pelan submission tambahan ubahsuai rumah yang lengkap |
Selepas rekabentuk pelan & visual 3d dipersetujui oleh klien, IMOS dengan kerjasama akitek berdaftar akan menyediakan submission plan lengkap bersaiz A1 seperti di atas untuk dikemukakan ke PBT. IMOS juga akan melantik jurutera berdaftar untuk penyediaan pelan struktur bagi tambahan rumah 2 tingkat atau ubahsuai rumah 1 tingkat ke 2 tingkat mengikut arahan dari PBT. Pelan yang siap dicetak akan ditandatangani klien sebelum dikemukakan ke PBT@Majlis.
4. Khidmat submission plan ke PBT sehingga mendapat kelulusan permit ubahsuai rumah
Contoh dokumen kelulusan pelan & permit ubahsuai rumah |
IMOS dengan kerjasama akitek akan kemukakan pelan-pelan ke PBT, menyemak status submission, membuat pindaan kepada pelan selepas disemak PBT sehingga mendapat permit kelulusan ubahsuai rumah seperti contoh di atas.
UNTUK PERTANYAAN KHIDMAT REKABENTUK UBAHSUAI RUMAH
SILA HUBUNGI IZWAN MOHD SALLEH (IMOS)
DI 019-6904405 ATAU WHATSAPP 011-28889537
SEBUTHARGA KHIDMAT REKABENTUK
Untuk sebutharga khidmat di atas, sila emel lakaran pelan tambahan rumah ke pelukispelan1@gmail.com